Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."
Showing posts with label Ramlee Awang murshid. Show all posts
Showing posts with label Ramlee Awang murshid. Show all posts

01 May 2017

Selamat Hari Pekerja

 Cuti jatuh hari isnin..
merepot kat umah dari hr mggu..
aku manusia x leh lelama dok diam kat umah..
mesti cam cacing kepanasan hahaha 
dah petang tu abg kau nak pi mancing 
nak ikot takkk kiraaaa hahaha
sblom tu pekena mee bandong dulu
 tatam cam biasa roti telur
 dok tepi jety tengok air pasang..
tatam baca komek
aku perabis kan imaginasi... best👍
  Filing abis baca kat tepi jeti😁.
Bukan saka lah.. #imaginasi ni "Kisah tampak lembut diluar, tapi keras dan gila di dalam" 
Yang penting abam bukan bodo piang😉👍🏻

Abang kau layan lah joran die..

sampai dah golap baru balikkk
tapi kat sini lagi gelap lagi meriahhhh


08 October 2013

Cerita malam tadi

Pic jenjalan malam tadi. en laki nak cari cd ps2 die.. sementara bapak kau memilih moh berposing anak2 hehe..

pic atas ni dah masuk insta  aku mlm tadi gak hahah tengok adam.. punca kenapa die buat mendongak cam tu sbb pic bawah ni haa.. 
Si bad terlaupau tundok. so aku cakap " bad dongak sikitttt!!" so terjadik lah aksi pic kat atas tu.. bad dah ok.. tapi sitatam terlebih mendongank hahaha  serupa belagak jugakkkkk 

tatam nak makan nonat.. die nak tu ayat die x leh blah tau.." tatam sakit perut ayah, kalau makan nonat mesti baikkk punya..." hehe akal budak 4 tahun 3 harii

ini hasil mengendeng gaji laki.... auwwwwwww dapat novel bang romli.. belom sempat baca lagi.. nnt aku review okeh tapi kat sinopsis tu kan tombiruo berwajah manusia dan tampannnnn huhuuuuuuu
tapi ade masalah sikit lahhh.. MAGIS ni gabungan watak2 utama dari novel yg dulu kalau x silap novel Tombiruo, Hatiku di Harajuku, Mikhail, Mandatori dan siri Bagaikan Puteri.
alamak siri bagaikan puteri x baca lagi lahhhhhh, x beli... mintak2 aku paham lah MAGIS ni..
Akhir sekali pic tatam..... byee

19 March 2013

Aku bercerita- Ramlee Awang murshid

status kat fb smlm :
Cerita cinta cinton leleh2 kita letak tepi dulu ek.. Cuti2 moh baca citer seram abg romli. Mlm2 x leh kang titew tatot ahakkk.

* baru abis bab bunian uiiii best leee

novel Ramlee Awang murshid aku baca ni yang ke 4. aku penah baca unggu kamila, rahsia perindu & Tombiruo

07 November 2010

Rahsia Perindu | Ramlee Awang Murshid

*Serious, ini merupakan kali kedua aku membaca novel terbitan Ramlee Awang Murshid, Eh kali kedue ke? dulu aku pernah baca siri tombiruo {sumber:perpustakaan}

novel Ramlee yang aku baru baca ni semuanya melibatkan dendam . tapi yang Rahsia Perindu ni lagi best sebab wanita yang dipuja puja tu rupanya sakit mental kisah cerita kanak2 yg di dera yg jadi trauma. then beri kesan sehingga berkeluarga. mendorong satu kes pembunuhan yg kejam. part cerita pembunuhan itu mmg details dia cerita weh. boleh bayang....wuhuuu

Sinopsis:
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada orang lain sedang memerhatikan anda! 

31 October 2010

Ungu Karmila | Ramlee Awang Murshid


Novel ungu karmila ni dah lama ada kat pkaan ni.. cerita hantu aku takot wehhh huwaaaa..
tapi aku baca sinopsis die cam best...,kawan aku kata x de lah hantuu sangat cuma seram2 sikit. die soh aku cuba baca karya RAM ni. lari sikit dari cintan cintun jiwang2 karat katanya.. tu yg aku mula baca hehe hari mggu siang2 laki ade nak takot ape kan kan. 
ok ape yg aku pasti ungu karmila ni x bosan.. kau akan rasa nak baca lagi.. nak tau lagiii ehh besttt...
pasni nak baca:
-Rahsia perindu.



Sinopsis :

Arif dan Karmila pasangan suami isteri yang berpindah ke rumah baru mereka, Vila Sunyi sebuah banglo di Puncak Rimba, Cameron Highland. Vila Sunyi adalah hadiah Arif buat isterinya Karmila yang sangat dicintai sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Misteri muncul dan mula berlaku apabila Arif mula menunjukkan sikap yang menakutkan isterinya dan orang gaji mereka - Jainab.

Perlakuan Arif mencurigakan dan memberikan kesedihan kepada Karmila. Satu malapetaka berlaku apabila mayat mereka bertiga ditemui oleh Tok Batin, ketua suku kaum orang Asli yang berhampiran datang ke rumah mereka untuk berdamai dengan Arif kerana perselisihan faham mereka berkenaan dengan spesis bunga liar yang diambil oleh Arif daripada 'kawasan larangan' di dalam hutan yang berdekatan.

Sejak malapetaka tersebut, kejadian demi kejadian misteri berlaku bermula dengan kematian Jikon, seorang pemuda orang Asli, abang kepada Ema yang bekerja sebagai pakar bioteknologi di UPM Serdang berkelulusan sarjana dari UKM. Ema difahamkan oleh ayahnya bahawa Jikon telah mati akibat puaka Vila Sunyi. Namun sebagai seorang yang berpendidikan, Ema tidak mempercayai cerita tersebut dan mengambil langkah membuat penyiasatan sendiri ke atas Vila Sunyi.

Pada masa yang sama juga, Arafat abang kepada Arif mengupah sekumpulan penyiasat untuk pergi ke Vila Sunyi dengan tujuan membuktikan bahawa Arif tidak membunuh Karmila dan Jainab. Apa yang terjadi semasa penyiasatan tersebut amat mendukacitakan dan mengerikan kerana seorang demi seorang daripada mereka mati kecuali Dino yang berjaya melarikan diri ke hutan. Ema yang juga kebetulan berada di dalam Vila Sunyi ketika itu turut menjadi mangsa.


Dr. Ismadi, rakan sekerja Ema mula membuat penyiasatan ke atas kejadian tersebut dan hasil siasatan menunjukkan bahawa misteri Vila Sunyi bukanlah kerana puaka tetapi sebenarnya berpunca daripada Ungu Karmila - bunga kacukan yang dihasilkan oleh Arif.