Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."

25 May 2013

MY precious IRis :- MElur jeliTA

Sambungan I love U stupID!...
baru jumpa tadi.
gigih ke popular muar...
bagi sy masaaaa mentelaah hehe..
nnt sy up date lg


Selesai membaca My Precious Iris (Mypi) saya termenung sendiri… Kenapa?
bagi mereka yg tak tau sila baca I love You Stupid! (ILUS) dulu, baru faham apa yg saya maksudkan.
My Precious Iris sambungan antara kisah Firman dengan Iris dalam I love You Stupid! (ILUS)
Saya mmg sentiasa menanti buah tangan Melur jelita ni. karya die berbeza dari koleksi novel yg saya ada.. X jemuu.. Bahasa sangat indah, Kisah cinta yg sentiasa dicurah dgn kasih sayang. Kisah2 Nabi yg dijadikan panduan. Hadith2 yg dijadikan rujukan dalam alam rumahtangga....kisah dunia yg penuh hasad dengki yg menjadi kan manusia bkn lagi manusia.....kisah Perikemanusian yg mengalirkan airmata dan terkesan dihati....kisah kekhilafan yg tercalit murka. Kisah tolak ansur yg saling luka melukai...ahhhh terlalu banyak ilmu dn kisah teladan yg dicurahkan dalam karya ini.
Paling tak boleh blahh syarat2 papa iris sblom terima firman :

Ke hadapan bakal suami anak aku :-

1. Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng & beri salam. Wajib hadap muka aku & nyatakan apa hajat ke mari. 
2. Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk ditengah² atau anak aku yang bawa motor, aku duduk dibelakangnya. Kau dibelakang sekali. 
3. Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, didepan atau dibelakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka sahaja. Jangan mata kau nak merayau lebih². Kalau mata & tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan. 
4. Aku rasa kau ni handsome & popular, tentu ramai perempuan tergila²kan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku okey. Tetapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.
5. Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : Awal!
6. Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media masa. Kalau tak, kau akan kena Aids. Sukacita aku ingatkan disini, akulah protection untuk anak aku & jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.
7. Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput. 
8. Tempat² yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa² tempat yang boleh duduk² atau baring². Tempat² yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat² yang gelap. Tempat² yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat² yang panas sampai membuatkan akak aku terpaksa pakai tshirt tak ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, cium² tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.
9. Jangan sekali² menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy² aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada 1 peluang saje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main² dengan aku.
10. Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat² takut. Aku nie dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong, jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap² di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruhg guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi² dan jerit kuat², ‘saya hantar anak tuan pulang’. Lepas itu terus blah. Jangan nak berlama² dengan anak aku. Jangan harap nak goodnight kiss atau hugs & kisses. Kalau kau ternampak kilauan ditingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.
11. Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, diruang tamu dengan aku duduk ditengah². Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.
12. Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat & bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop.. segala ratu didunia semua TKO dengan anak aku. 
13. Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.
14. Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa² aduan tak puas hati dengan aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.
15. Kau jangan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat perempuan lain atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira tak apa.
16. Tertakluk kepada perubahan & mood aku. Bila² masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.

Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.

NAK TAU SELANJUTNYA SILA BACA HEHE
P/S : Klu Boleh Saya Mau Sambungan Lagii Beranak Pinak Smpai Akhir Hayat Mereka Hahah Bole?

Sinopsis : MY precious IRis :- MElur jeliTA (www.karyaseni.my)

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS

17 comments:

MuMmyLiL said...

sy tgh bce.. lg skit nk abih

Tink said...

Best kan?

Batrisyia Aileen Tan said...
This comment has been removed by the author.
Batrisyia Aileen Tan said...
This comment has been removed by the author.
Tink said...

Oh kat situ akk rasa penulis soh kita fikir sendiri mmg mcm nmpk tergantung.. firman x mati mungkin die koma. akk fikir kecederaan die teruk sangat masa tu. bab 59 m/s 923 kita cam keliru iris pegi pengkebumian siapa kan? akk rasa tu pengawal iris yg mati dulu sebelum firman datang.

Batrisyia Aileen Tan said...
This comment has been removed by the author.
Batrisyia Aileen Tan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Firman sebenarnya koma, lebih kurang 6bulan. Dia x mati. Bila dia dh ok, firman menyambung tugasnya & mengembangkan business dia bersama iris utk membantu melayu cham di kemboja..

tkasdin said...

best sgt novel ni. firman buat saya jatuh cinta bile die dgn iris. OMG OMG.! Kak mohon share blog akk dkt twitter sy ye..

Tink said...

ok dik.. he
akk mmg berharap ada sambungan lagii
biar smpai bercucu cicit si firman n iris tu he

jujue said...

Dh baca ilus ngn mpi..dua2 best sngt..ilus xromantik sngt,tp bnyk benda2 baru yg writer ceritakn psl pkmbngn islam kt kemboja..cara hdup kt sn.budaya dia...sedih ada,kagum ada..mpi plk mmg cair gile n salute dgn watak firman.karekter dia kuat sangat...lelaki yg hebat fizikalnya,hebat agamanya..romantik,pndai msk...rasa mcm klu ada jual,nk beli husbnd mcm ni soranh.hehe...mmg xnyesal beli n bgi kwn2 pinjm..dh nk lunyai novel aku tu.waaaaa..huhu

jujue said...

Sngt suka kata2 mai tuan..tersusun,penuh hemah..

Anonymous said...

dah baca ilus n mpi..mmg tersangat best..dh ulang baca lbh 3x..rasa watak firman n iris mcm real sgt..karektor firman buat sy jatuh cinta..karektor iris pula buat sy geram..rasa mcm tak puas baca n kalau ada sambungan lg alangkah bestnya..tahniah melur jelita..lps baca novel melur jelita rasa mcm dh x berminat nk baca novel lain..nk tunggu karya melur jelita jg..

Anonymous said...

ilus n mpi mmg sgt2 best..dh ulang baca lbh 3x..suka wtk firman n iris..jln cerita yg sgt hidup, tak jemu dan x sabar utk tau kesudahannya..klo ada sambungan lg
alangkah bahagianya..rasa dh jatuh cinta kt novel melur jelita,mcm dh x berminat nk baca
novel lain selain melur jelita..tahniah!

Unknown said...

Beli novel I love you stupid kat pwtc. Tup tup bahagian klimaks pula banyak page kosong. Hampir 15 m/s jugaklah. Tak tahu nak buat macam mana,saya Banyak agak aja apa yang berlaku. BTW,saya enjoy sangat baca karya melur jelita. Congrats.

Anonymous said...

Mmg indah hasil nurkilN melur jelita x sabar nak tunggu novel terbaru ... rasenye novel melur tiap2 bln sy bace asik repeat je... nape lmbt sgt nak kuar novel baru???

shifaq said...

Hye assalamualaikum semua. Siapa tau kat mana sy boleh dapatkan novel ILUS? Sbb saya dah beli mypi without knowing yg itu novel kesinambungan.. Dah cari ILUS kat kedai buku & library tapi tak adaa. Helppp!! Nak baca sangat2 sbb dah baca halfway kat website karya2u, sangat best.. Huhu. Anyone nak jual novel terpakai ILUS tak? Pleasee hehe