*Serious, ini merupakan kali
kedua aku membaca novel terbitan Ramlee Awang Murshid, Eh kali kedue ke? dulu
aku pernah baca siri tombiruo {sumber:perpustakaan}
novel Ramlee yang aku baru baca ni
semuanya melibatkan dendam . tapi yang Rahsia Perindu ni lagi best sebab wanita
yang dipuja puja tu rupanya sakit mental kisah cerita kanak2 yg di dera yg jadi
trauma. then beri kesan sehingga berkeluarga. mendorong satu kes pembunuhan yg
kejam. part cerita pembunuhan itu mmg details dia cerita weh. boleh
bayang....wuhuuu
Sinopsis:
Amylia
bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi
hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya,
Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah
mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan
psikoanalisis.
Dr.
Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada
masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu
ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah
walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai
pergerakannya.
Perjuangan
tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan,
suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya
telah berubah.
RAHSIA
PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa
daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia ini sarat dengan kisah cinta suami
isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada orang lain sedang
memerhatikan anda!
No comments:
Post a Comment