Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."

16 June 2013

Protect The Boss.... Ellyne Alyana

*cam cite korea plak hehe tajuk jek.. best la klakar cita die. adik beradik suka kat pempuan kasar ni. tapi mula2 yg sorang tu jek meluat beno. last2 jotoh cintaa...

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci!

Nurafifah Alia Aqilla - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya.

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari…

“Jet’ aime!”

“Hah, Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak mengajak aku memancing di jeti ke?

Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara… Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina.

“I love you. Tu maksudnya, kan? Fif langsung tak menyangka lelaki yang sombong, berlagak bagus, gedik, buaya antarabangsa dan tak berapa nak kacak ni jadi suami Fif.” -Nurafifah Alia Aqilla


“Abang lagi tak jangka yang abang akan jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap macam tomboy, kaki rempit, minah karate, pemilik mulut yang dah mati insuransnya dan tak berapa nak cantik!” - Tengku Hafifi Hafiz

No comments: