Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."

20 February 2013

Review novel: Aku Bukan Mistress | Acik Lana

*Ceritanya memang agak romantik. Tak plak ada scene yg bleh mengalirkan air mata.. tapi jalan cerita tetap menyentuh perasaan..
Nama Mikail.. panggil Mika.. mcm best plak.. hehe kaya ensemm.

Mya Arlissa.. seorang gadis kampung yang malang.. kehilangan kedua org tua dlm kemalangan.. tinggal dengan nenek dan ibu saudara... Mya di fitnah oleh sepupunya dan dijual oleh bapa saudara tiri.. terpaksa berkerja di club... Mya ni pada aku mmg mangsa habis-habisan.. lepas dirogol bapak sedara tiri, jadi pelacur.. pastu jadi pompuan simpanan... pastu kena rogol lagi dgn si adam tu... huhuhuuu... Mesti cantik giler smpi Mika bleh terima dia smpi mcm tu skali.. Ada ke dlm real life mcm ni yer??? huhuhuu siannn



Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.


Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

No comments: