“Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan
TUHAN.Sebuah Karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan.Suatu
rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan iktibar disamping menginsafi
bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.” ohh huhu sedihh ada
sambungan ni aku lom baca
Tak Semanis Impian
Sharifah Abu Salem
Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-112-6
Halaman: ~576
Kekosongan
jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah
anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup
Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya
yang curang, Salmi.
Namun,
segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat
kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah
kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan
memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.
Razif
pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang
menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu
tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan
kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?
Sesungguhnya,
ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang
kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup
yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini
tidak seindah yang diimpikan.
No comments:
Post a Comment