ohh..aku sangat benci norseha
dalam buku ni..jadi emosi sungguh aku bace..rasenye kalau la norseha tu ade
depan mate, mau aku lempang laju-laju aku rase..hee..
Tak Semanis Impian
Sharifah Abu Salem
Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-112-6
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama
Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk
Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di
belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari
sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”
NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi
pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat.
Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan
api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah...
mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”
RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia
ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan
dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu
berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”
Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup
menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan
jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis
dari kenyataan.
No comments:
Post a Comment