Kudap2 hari mggu..

SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK- farisha imani
*Mula-mula baca macam bosan tetapi bila sampai bab Boboy dan Akak tu rasa sweet sangat,banyak adengan lucu dan buat kita tersenyum dan ketawa. Si boboy ni buat2 autistik tau utk mengelak satu peristiwa sedih. sian die adik angkat die mati ade kaitan ngan die n adik kandung die masih terus salahkan die...
SINOPSIS BELAKANG BUKU :
NURA ALIA seorang
gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang
kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia
yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka
bersama.
Akhirnya, dari cinta
ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura
Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
“Aku bencikan kau,
Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan
rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter
kepada abang Syed Azmi yang autistik,
Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa
dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang
suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun,
BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja
diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan
dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu
berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam
diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan
kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY
Tapi, tiada siapa
yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu
dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan
yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan
banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati
mereka berdua.
Rahsia siapakah yang
bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati
mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah
tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan
yang normal. Abang…” -SYED AZWAN
No comments:
Post a Comment