* best citer ni
sedih. kena tinggal nan laki masa mengandung sbb org ke3, bedebah kau ayuuu...
tapi tuhan temu kan
iffa ni ngan ehsan jauh lebih baguss dr bks somi die...
SINOPSIS : TEDUHAN KASIH-Marissa
"Kau ingat
dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan
anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap
ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal,
hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia
menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia
melafazkan talak.
Dan ketika aku
merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal
aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan
aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada
Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang
Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong.
Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang
mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan
terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang
ini." -EHSAN.
Aku benar-benar
terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah
berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa
lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku
tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
http://www.karyaseni.my
No comments:
Post a Comment