* best...kahwin kontrak sebab tak nak mengaku suka kat
perempuan tu.Cita yng ringan,enjoy tika mmbacanya.novel komedi
romantic....mang best..
SINOPSIS :- CINTA KONTRAK - NURUL AIN SYUHADA
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk
ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau
tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke
Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos
pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di
sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang
berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah
daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego
di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa
merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk
dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial
dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi
untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut.
Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi
seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha
selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah
dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila
senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak
sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia.
Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde
hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan
diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
No comments:
Post a Comment