Hasil rembatan masa pesta buku anjuran my jabatan.. 3 novel hebat cewahhh utk maknye. n anak2 dirumah ade 6 org amik sorg satu jgn gado2..
sangat suka buku dari penulis melur jelita tu dgn ketebalan m/s 1056 dapat harga runtuh TQ to my bos en zul hehe klu pi MPH ke POPULAR ke takan kau dapat tu harga... kau menagis lah depan kaunter tu haaaaaaa.. i so happy uols miahahah..
Kampung Girl- Umi Kalsom
Novel kampung girl tu aku dah katam kan mlm semalm. best si mamat ash tu kena paksa kawin dgn Ainnur si budak kampung bermuka bak nenek kebayan sesuai dok kg jaga ayam!..tak selidik main blasah jek ape punya kayu tu mamat..
2 buku lagi lom usik. nnt aku dah baca aku update..
Sinopsis belakang buku :
PERKAHWINAN diaturkan
oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala,
apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin.
Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin
dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin
dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup
untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu
merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada
sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu
dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -
Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis
itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang,
kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa.
Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’
diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia
beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang,
lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat
diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin
hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada
pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang
sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you
been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…”
- Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur
tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya…
Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan
bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini
jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?