Kan ku kejar cinta kamu karya Fauziah ashari
well ni karya fauziah ashari ok. x perlu dipertikaikn mmg besttt nokk..
Sinopsis Belakang
Buku:
Mereka bertemu
ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta
mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka
lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap
sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas
berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan
identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "
Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."
Nek Bonda (nenek
Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan
kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan
keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek
Bonda ala-ala Hitler!
Alma atur strategi.
Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia
buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam.
Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan
menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya
terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
You ni cantik. Buat
I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening
tau, - Raiyan
"Perkahwinan ni
rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah
ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi
mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan
berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa,
abah dan Nek Bonda si Hitler.