TRAGEDI 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam
hidup Fakrulrazi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada
perempuan. Baginya, perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul
diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia
sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak
bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan
rakan-rakan bisnesnya.
Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian
bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan
perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa
anak perempuan juga punya hak dan berhak!
TUHAN menurunkan 'petunjuk' bila Fakrulrazi dan anak
lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holdings
milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba
terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia
melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun, usahanya itu tidak berpanjangan
bila Fakrulrazi kembali!
Di manakah Farah Diba selepas ini?
Adakah dendam itu terus menjadi hitam?
Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!
No comments:
Post a Comment