Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."

12 July 2013

Review Novel : Bisikan kata hati --> Dila Dyna


Cite die best sangat. kisahnye si Aiman asal nye bercinta dengan kakak si Laila nama nya Laili. Si Aiman ni benci gila dgn  si Laila selepas terbaca dairi si laila. dalam dairi tu laila ada luah kan perasaan cinta pada Aiman. Aiman x leh terima sbb dia bakal abg ipar kpda laila.
Pastu laili meninggal n telah mengamanahkan Aiman untuk memperisterikan adik die sendiri si Laila. Dalam keterpaksaan ce wahhh ayat akuu hahaha.. ok kita sambung balik Aiman kawin gak ngan Laila tapi die x dapat buang perasaan benci tu pada Laila.. mmg makan maki jek la kan..Sian tau laila tu. abis nak buat cam ne dak aiman tu x leh lupa arwah Laili lagi kan .. Pastu merajuk la siLaila ni bawak die ke Belanda, sambung belajau lagi baikkk..
4 tahun laila kat Belanda... Balik Malaysia jek org pertama die jumpaaa si Aiman hehe terlanggar kat aport. Bila laila dah balik keluarga dorg cuba untuk menjernihkan hubungan antara Aiman dan Laila.. Mula2 biasa la dua2 ego.. pastu bila dorg dah jatuh ciinta ade plak yg cemburu....Amir ngan Emelda buat perancangan untuk pisahkan dorg jahat betulll. dah masuk bab ni sedih gila laaaaa si aiman hilang ingatan laaa mcm2 cabaran terpaksa dorg tempuhhh.... nak tau lagiii? sila baca hehehe

SINOPSIS BELAKANG BUKU :

Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu dipipinya menidakkan rasa hati yang tercoret dalam diarinya di hadapan kakaknya di saat segalanya sudah terlambat.

“Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” ~Laili Nurlisa.
“Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...” ~Laila Marlisa.

Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segala-galanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua.

“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!… berhambus kau dari hidup aku!” ~ Aiman Syakiri.

Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit-demi sedikit mula meluntur.

Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa?

No comments: