*1057 m.s baru
setengah... Best gila bengkak mata akuuu... hokk
-SINOPSIS- Takdir itu milik aku-Siti Rosmizah
Dian Zara, seorang
anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah
tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam
dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah
di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi
orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji
bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan
dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula.
Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan
hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya
dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong.
Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak
mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang
diatur dengan mamanya.
Datin Munirah,
ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun
simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk
membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis
malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung
Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi
itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan
yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu
biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak
bererti padanya lagi.
Memekiklah!
Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap
anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati!
Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang
akan tentukan jalan hidupku!