SINOPSIS : SEBENARNYA DIA
ISTERI SAYA - ZURA ASYFAR
(KARYA SENI)
Cinta pertama tidak
semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.
Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah
dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila
Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam
yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.Cadangan ibu
kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu
terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu
tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan
rasa kasih terhadap Datin Farizah."Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau
tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash
Arshad."Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi
kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.Laluan untuk mengharungi sebuah
perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.
Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan
mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan
lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit
dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.Semuanya mula
sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada
Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang
dia sudah mula menyayangi isterinya itu."Kenapa pulak tak nak ikut? Boring
giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun
bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full
seat je. – Syafa Aqira."Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating
dengan orang lain?" – Firash ArshadDan kala rasa sayang dan cinta mula
hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik
tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.
Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di
dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali
kepercayaan dari isterinya itu."Siapa nak tidur atas riba awak? Please
lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira."Betul ke tak ingin? Dulu okay aje
sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa
kut?" – Firash Arshad.Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu?
Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus
menjadi milik mereka?