Pages

Ini Blog SaYa.. So suka hati saya lah Sayang!

"Segalanya disini adalah kenangan hidup aku, tak ambil kesah org suka ke tak, kesah ape aku kan haha bercerita tentang ape yg aku suka, tiada kena mengena dgn org lain baik yg masih Hidop @ yang telah tiada.."
Showing posts with label Sharifah Abu Salem. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Abu Salem. Show all posts

17 July 2011

Gerimis Di Hati | Sharifah Abu Salem


Emily datang ke Malaysia untuk berjumpa ayahnya Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima hartanya.Sharifah Yasmin tidak dapat menerima Emily sebagai adik yang bakal menerima harta ayahnya. Melihat kemesraan Tengku Farid dengan Emily menambahkan kebencian di hati Syarifah Yasmin. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memisahkan Tengku Farid dan Emily

20 April 2011

Pesona Rindu : Sharifah Abu Salem

Jalan cerita ok.. x bosan yg penting.. tapi novel ni kisah hidup bermaduuuuuu du du du hehe
Kisah Darina dgn fazlan. kawen muda. tetiba darina dapat tawaran sambung belajar kat luar negara. terlampau mengejat cita2 darina tggal kan laki die kejapppp... kejap huarrr dalam kejap tu lah laki die kenal ngan najmah. si najmah ni ade masalah keluarga.. kena pulau ngan keluarga..
haa si fazlan sunyiiii si najmah sepiiiiii... ape lagi.. sampai dapat anak sorg baru si darina ni balikk.. 

Pesona Rindu
Sharifah Abu Salem
Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-160-6
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 3 Jul 2004

Sinopsis : Alaf 21

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.


Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

23 January 2011

Tak Semanis Impian | Sharifah Abu Salem

ohh..aku sangat benci norseha dalam buku ni..jadi emosi sungguh aku bace..rasenye kalau la norseha tu ade depan mate, mau aku lempang laju-laju aku rase..hee..


Tak Semanis Impian
Sharifah Abu Salem

Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-112-6
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003


NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”


Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

09 January 2011

Tak Semanis Impian | Sharifah Abu Salem

“Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan ditangan TUHAN.Sebuah Karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan.Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan iktibar disamping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.” ohh huhu sedihh ada sambungan ni aku lom baca

Tak Semanis Impian
Sharifah Abu Salem

Harga: RM 19.90
ISBN: 983-124-112-6
Halaman: ~576

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.